Zara! Jangan berlari sayang, berjalan.
Aktif. Itulah frasa yang sangat sesuai untuk anak buahku ini. Sekelip mata boleh hilang dipandangan mata. Aku seperti mahu ada dimana-mana sahaja untuk menjaganya. Aku tidak mahu Zara terluka atau dilukai. Keaktifannya membuatkan aku menganggap mindanya setiap masa inginkan sesuatu yang baharu untuk diterokai. Anak mata nya pantas melihat objek-objek yang berada disekelilingnya untuk bermain. Zara hanya akan rehat dalam tidurnya. Zara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dikala anak-anak lain diajar ABC satu persatu Zara mampu menghafal dan mengenal huruf tersebut sendiri dengan hanya menonton dan mendengar klip video ABC. Suatu ketika dahulu, semasa aku, Zara dan juga Ibu Zara berjalan-jalan di dalam sebuah kedai buku, alangkah terkejutnya kami tatkala Zara memanggil ibunya " Mama ! Mama ! " tangan nya menunjuk ke arah sebuah buku dan menyebut ABC. Lantas dengan lancar Zara menyebut kesemua abjad. Terus ku peluk Zara seraya berkata " Pandai Zara! " Kami bertepuk tangan bersama. Perasaan yang sama kurasakan ketika langkah pertamanya. Acik Ana rindukan Zara.Salam sayang buat Zara,
Daripada,
Acik Ana :)



No comments:
Post a Comment