Saturday, 19 September 2015

Tak sama

Tembikai susu vs tembikai merah
Telur kuning goyang vs telur kuning masak sepenuhnya
Kopi vs nescafe
Rock kapak vs love songs
Tidur lewat vs tidur awal
Chillex vs emotional
Pengingat vs pelupa
Nak manje2 vs nak sweet2 je
Wedding biasa vs wedding impian 

Haih...mencari keserasian?
Bahagia akan sentiasa ada apabila kita bersyukur dengan pasangan kita. 
Usah membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain. 
Perbandingan itu akan menyebabkan pergaduhan.
Wujudnya perasaan tidak serasi.
Munculnya kata-kata bahawa kita tidak memahami kehendak antara satu sama lain.
Maka terputuslah sesuatu hubungan. 

Bersyukur menjadikan semua perbezaan menjadi satu.
Satu haluan.
Satu keserasian.
Satu kesefahaman.
Sebuah kebahagiaan. 

:)




19-9-2015

Marah,
Benci,
Sakit hati,
Nak sangat awak pergi jauh dari saya.

Tapi sekuat mana perasaan itu hadir, 
Akhirnya saya tetap mahukan awk,
Saya yang akan datang kepada awak.

Tanpa awak,
Selera makan saya hilang,
Semua kerja serba tak kena,
Saya ternanti-nanti kemunculan awak.

Dalam marah saya mencari awak,
Bahasa sinis menjadi perantaraan,

Kenapa sayang? Sini abang peluk ea. Cuba cerita kat abang.

Setiap kali kita berselisihan faham, Ayat ini yang akan awak suarakan. Tidak pernah walau sekali kata-kata ini gagal memujuk hati saya. Serta merta bara saya padam.

Entah mengapa. 
Tiada jawapan. 
Yang pasti sayang itu meleraikan segalanya.


Friday, 21 August 2015

Kau dan Aku

Kau seorang pejuang Negara.
Aku pula peneraju ekonomi Negara.

Kau berpendidikan Diploma.
Aku pula diperingkat Ijazah.

Kau berada di lanjut usia.
Aku pula berada di awal usia.

Kita tiada persamaan.
Kita tiada keserasian.

Itulah kata-kata yang senantiasa membisik telingaku.
Namun adakah kerana perbezaaan itu sahaja aku harus melepaskan engkau?

Engkau yang banyak memberi aku nafas baru.
Engkau yang banyak membimbing diriku.
Engkau yang banyak membantu dikala aku kesusahan.

Usah peduli dengan apa kata orang.
Mulut manusia tidak pernah berhenti mengata.


Wednesday, 19 August 2015

PPBI


Hello my dear friends.

For today, I want to share a few things that I learn in my Creative Writing class. Basically I'm not a Literature student but I'm from Economic student. Therefore, this class is a new thing for me to learn. It is way far from my background study. However, that would be not a problem because in my field I'm stuck with numbers and formula but here in literature field especially in creative writing I can be anyone, I can write anything, I can use anything and I can be silly or be imaginative with my mind. 

First of all, what is creative writing?
Creative writing is any form of writing to express your feelings, your emotions, your experiences or to give message lesson for people. Creative writing is unique because you write with the creativity of your mind without any boundaries by using beautiful language order. Creative writing are include poetry, short story, novels, rhyme and poem.

In my class we are focusing on short story. 

The five basic key in write of short story are character, plot, theme, viewpoint and the setting time and the place. For your information in creative writing plot are not define as a flow of story but plot is define as cause and effect.

To write a great short story there are a few tips I got from my lovely lecture:
Our short story should contain :
1. An extraordinary story
2. A wise philosophy
3. An exciting character
4. Using beautiful language
5. Suspend
6. A catchy title
7. Knowledge
8. Varies technique writing 
9. Perspectives that are rarely confronted
10. Surprise

The source of the story can came from:
1. Self background
2. Own experience
3. Dream
4. Education
5. Song
6. Research
7. Film
8. Portrait
9. Career
10. Current issue

It does not matter if you do not have the talent to be a writer. Only effort and interest are required to be a good writer. 



 

Tuesday, 18 August 2015

Tahukah Anda?

Tupai


Sumber: Youtube



Tahukah anda?

1. Terdapat 300 jenis tupai di dunia.
2. Tupai memiliki mata yang cekap dan tajam.
3. Tupai membersihkan giginya setiap pagi dengan mengigit dahan pokok. Ia nya juga untuk                   mengasah giginya agar lebih tajam.
4. Tupai adalah haiwan yang cepat belajar dan bijak.
5. Makanan kegemaran tupai sebenarnya adalah telur burung.
6. Tupai akan tinggal di lubang pokok. Sekiranya pokok tidak memiliki lubang, tupai akan memilih         untuk tinggal di puncak pokok.
7. Tupai betina akan melahirkan 2-5 ekor anak tupai.
8. Tupai juga menyusukan anak mereka selama  6-10 minggu.
8. Tupai berkomunikasi di antara satu sama lain dengan mengeluarkan bunyi yang nyaring.

Di Sebalik Jendela

Assalamualaikum. Pagi itu sangat nyaman. Aku tidak mengerti mengapa segelintir individu tidak menikmati suasana ini. Mereka lebih gemar untuk terus berada di alam mimpi. Setiap pagi, aku akan berada di tepi jendela bilik. Melihat suasana pagi yang tidak pernah menjemukan. Menghirup udara pagi yang menyegarkan untuk membangkitkan semangat diri bagi melaksanakan tugas harian. Mendengar burung berkicauan. Melihat tupai berkeliaran di dahan pokok. Langit juga masih membiru menanti kehadiran cahaya matahari. Pernah juga aku melihat beberapa ekor kucing memakan rumput di pagi hari. Pelik yang kurasakan kerana kucing merupakan haiwan karnivor. Aku tersenyum seorang diri, barangkali itu adalah salah satu makanan untuk memperbetulkan sistem penghadaman mereka. Entah mengapa, sukar untuk aku luahkan bagaimana perasaan yang aku alami di pagi hari. Ianya seperti membawa hidup yang baharu. Menjadikan hari tersebut berjalan dengan lancar dan tenang sehingga ke waktu malam. Mungkin orang lain juga merasakan perkara yang sama dengan aku. 

Alangkah ruginya bagi insan yang bangunnya tika matahari sudah berada di langit. Apa yang mereka rasakan hanyalah hangat matahari tanpa merasai kedinginan pagi terlebih dahulu. Tidakkah mereka rasa seperti mereka kehilangan waktu untuk menenangkan minda ? Waktu untuk bersendirian di mana hanya diri kita, minda yang kosong dan alam sekitar. Bagiku tengah hari sudah waktu kemuncak untuk melaksanakan pelbagai kerja. Bagaikan hidup tidak lengkap tanpa merasai suasana pagi. Hilang semua ketenangan dan semangat. Sepanjang hari bagaikan suatu bebanan dan tekanan yang ingin dilepaskan. Buanglah tabiat mu itu, Ketepikanlah bantal dan selimutmu. Aku pasti hidup dikau akan lebih baik dari sebelum ini.

Tuesday, 11 August 2015

Empayar Sadon



Wahai emak dan abah, tanpa saya sedari 8 tahun sudah berlalu. Sejak 2007 saya sudah melangkah keluar dari rumah abah. Hidup bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menimba ilmu. Kini saya sudah berada di menara gading. Impian emak dan abah melihat saya memiliki segulung ijazah kian tercapai. Sabarlah wahai emak dan abah, saya akan pulang kepangkuanmu tidak lama lagi. Tidak lagi berjauhan, hanya disisi emak dan abah. Melepaskan rindu untuk bermanja waktu remaja dahulu. Pelbagai pahit getir telah emak dan abah lalui sepanjang membesarkan saya. Maaf atas segala keterlanjuran dikala jiwa muda saya memberontak. Memori kecik kita sekeluarga menjadi peneman malam saya. Sebagai pengubat rindu kepada keluarga.


Monday, 10 August 2015

Belum Berkahwin Sudah Bermadu










Belum berkahwin sudah bermadu. Pelbagai teori menyelinap ke dalam kotak fikiranku. Bagaimana boleh bermadu sebelum berkahwin ?  Apakah yang dimaksudkan dengan bermadu ? Mungkin aku boleh fikirkan sesuatu. 

Sunday, 9 August 2015

Taman Hati

Taman.
Bagiku cukup indah. Ia membawa makna ketenangan, kedamaian dan keindahan. Mampu meredakan kegusaran hati. Dikala sedih, dikala duka, aku akan mencari sebuah taman. Taman yang membawa satu aura baru kepada diriku. Hapus lenyap segala kegelapan yang menujah diriku. 

Taman.
Melihat keindahan tumbuh-tumbuhan flora lantas mengukir senyum manis dibibir. Melihat kanak-kanak bermain dan bergelak ketawa, membuatkan aku juga turut menumpang gembira. Melihat langit yang terbentang luas, kurasakan kebebebasan. 

Inilah diriku. Inilah tempatku. Inilah inspirasiku. 


Friday, 7 August 2015

Zara





Zara! Jangan berlari sayang, berjalan.

Aktif. Itulah frasa yang sangat sesuai untuk anak buahku ini. Sekelip mata boleh hilang dipandangan mata. Aku seperti mahu ada dimana-mana sahaja untuk menjaganya. Aku tidak mahu Zara terluka atau dilukai. Keaktifannya membuatkan aku menganggap mindanya setiap masa inginkan sesuatu yang baharu untuk diterokai. Anak mata nya pantas melihat objek-objek yang berada disekelilingnya untuk bermain. Zara hanya akan rehat dalam tidurnya. Zara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dikala anak-anak lain diajar ABC satu persatu Zara mampu menghafal dan mengenal huruf tersebut sendiri dengan hanya menonton dan mendengar klip video ABC. Suatu ketika dahulu, semasa aku, Zara dan juga Ibu Zara berjalan-jalan di dalam sebuah kedai buku, alangkah terkejutnya kami tatkala Zara memanggil ibunya " Mama ! Mama ! " tangan nya menunjuk ke arah sebuah buku dan menyebut ABC. Lantas dengan lancar Zara menyebut kesemua abjad. Terus ku peluk Zara seraya berkata " Pandai Zara! " Kami bertepuk tangan bersama. Perasaan yang sama kurasakan ketika langkah pertamanya. Acik Ana rindukan Zara.

Salam sayang buat Zara,

Daripada,
Acik Ana :)




     

Wednesday, 8 July 2015

Hujan

Aliran deras menyelimuti pencakar langit. Jiwa berbaur di saat gelombang datang. Lantas fikiranku melayang akan darah dagingku di perlindungan. Dengan penuh harapan, gelombang kian teduh menjadi tenang dan nyaman. 



Itulah coretan saya yang pertama. Kini, saya sedang mengikuti kelas Penulisan Kreatif bersama Prof. Madya Dr. Mawar binti Safei. Kami lebih mesra memanggilnya Dr. Mawar. Perwatakkannya yang lembut, ceria,  dan berdedikasi  membawa namanya ke setiap pelosok dunia karya. 

Semasa di dalam kelas beliau meminta kami membina beberapa ayat dengan subjek hujan. Apa yang berputar dalam kotak fikiranku apabila mendengarkan hujan adalah banjir kilat di bandar-bandar maju yang bermula daripada hujan lebat. Terus ku coretkan segalanya di atas cebisan kertas. 

Monday, 6 July 2015

Hadiah




6 Julai 2015, jiwa ku rancak di saat menatap dua buah pelita yang akan menerangi sanubariku ini. Dua buah pelita yang Yana maksudkan ialah  dua buah buku berjudul Kreativiti 3 Genre : Kepengarangan 12 Penulis dan Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim. Dengan adanya buku ini, zaazzz.. pastinya dengan pantas kilat ianya dapat memberi bimbingan kepada Yana terhadap proses untuk berkarya dari awal.




I'm Home :)

Assalamualaikum wahai para sahabat sekalian. 

Apa khabar ? Semoga anda semua sihat-sihat belaka di samping keluarga tercinta. Sudah lama kita tidak bersua di alam maya. Seperti hilang tanpa sebarang utusan. Jangan risau, Yana kembali lagi dan kini dalam blog ini Yana akan berkongsi dengan rakan-rakan semua perjalanan Yana dalam usaha untuk mempelajari apa itu penulisan kreatif. Nantikan suntingan Yana yang seterusnya :D .