Sejujurnya disini, ak mengharapkan ini adalah mediumku untuk mencoret kisah hidupku yang akan kekal selama lamanya untuk ku jadikan tatapan di hari tuaku.
Pada ketika ini usiaku mencapai 23 tahun dan dh sah tamat pengajian dalam ijazah perakaunan di ukm. Ak bakal bergraduasi pada bulan 10. Kini ak telah bekerja di kulai.
Hari ini ak terkilan dengan beberapa perkara. Pertama rakan sekerja yang melakukan kerja seadaanya sahaja..apa bila kerja itu ditugaskn untuk dilaksanakan bersama seakan2 tanggungjawap pelaksanamya adalah ak. Sedangkan ak sebenarnya hanyalah pembantu sampingan..itu lah dia dunia kerja. Lain org lain ragam. Hal kerja ni apalah sangat. Namun sedikit sbanyak telah menggangu emosiku setelah pulang kerumah.
Keduanya, ak terkilan melihat keadaan keluargaku. Kelihatan harmoni namun isi hati yg dalam ini siapalah yang tahu. Banyak isu yg tidak diperjelaskan..di biarkan tanpa jawapan tanpa kata putus tanpa perbincangan. Tanpa cinta perkahwinan hanya lah menjadi tanggungjawap. Anak2 hatinya pon terluka ketika membesar..sebenarnya kita nampak bahagia kerana adik beradik ada untuk antara satu sama lain..tidak tahu lah dimana salahnya..di mana puncanya..
Kini, hanya kerana satu topik seisi rumah boleh bergaduh..dan topiknya adalah si dia..anak yg sudh keras kepala dan mengambil kesempatan. Apalah guna kau pulang kerumah sekiranya kau tiada di rumah di siang hari..seharian kau keluar..seharian kau di tempat orang..saban tahun membuat keluarga kau begini..cpt2lah kau kluar dari rumh ni kau bina hidup sendri..bila kau dh sedar akan kesilapan kau, bila kau sedar untuk menghargai pulang lah..
Pilunya hati ini..sedih perasaan marah dan benci ni timbul terhadap ahli keluarga sendri apatah lagi kepada kedua ibu bapa..sushnya lah nk memaafkan..penatnya dipendam..menunggu masa untuk ditanam dalam2 hati biar di mamah oleh kebahagian keluarga akan datang agar lupe akan perasaan kebencian ini. Maafkan ak. Ak tidak mahu menjadi anak derhaka. Namun ak juga ada emosi. Keiginan untuk meluah dan difahami.
Kdg2 ak terpike..ak sudh cube untuk jdi yang terbaik sepanjang 23 tahun untuk sentiasa jdi pelajar yg cemerlang dari kecik, tidak menyusahkan ibu bapa, daptkan biasiswa, mintk bantuan teman lelaki untuk kenderaan dan kewangan. Tapi bagaikan ak terasa seperti kau sedar ke tidak selama ni anak2 kau cube untuk tidak sushkan kau. Kini bagaikan satu karma kepada mereka apabila adik ak tidak sebaik yang lain..sungguhpon kurang intelektual..akhlak kenapa kurang juga.. amik kesempatan, byk mengecewakan hati ibu..banyak mengambil kesempatan terhadap duit abh..sedangkan kau tahu abh dah kekurangan sumber kewangan, kau mempergunakan janji dia utk menampung semua belnja belajar kau dengan membeli gadjet mahal yang mana kau boleh rendahkan lagi kos hidup kau ni. Ak kesian dengan kau, banyak menagih simpati orang dengan kepura puraan kesempitan hidup kau tu. Orang memilih utk makan , tapi kau memilih untuk standart hidup kau.
Byk sangat nk diluahkan. Namun xterluah kekecewaan ini. Sekian untuk coretan kepada diriku. Semoga 5 thn akn datang, hidup keluargaku ini akn lebih baik setelah adik ku bina hidup sendri. Mudah mudahan tiada lagi pergaduhan di rumah ni kerana kau. Mudah mudahan tiada lagi tanggungjwp mk abh untuk membela engkau. Mudah mudahan kau pandai menghargai keluarga baru kau tu nanti. Mudah mudahan layanan kau terhadap keluarga sendiri berubah seperti mana baikknya kau melayan keluarga orang lain.
Aku menanti perubahan ini 5tahun akn dtg. 2022.
Liyana Sadon
Monday, 21 August 2017
Saturday, 19 September 2015
Tak sama
Tembikai susu vs tembikai merah
Telur kuning goyang vs telur kuning masak sepenuhnya
Kopi vs nescafe
Rock kapak vs love songs
Tidur lewat vs tidur awal
Chillex vs emotional
Pengingat vs pelupa
Nak manje2 vs nak sweet2 je
Wedding biasa vs wedding impian
Haih...mencari keserasian?
Bahagia akan sentiasa ada apabila kita bersyukur dengan pasangan kita.
Usah membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain.
Perbandingan itu akan menyebabkan pergaduhan.
Wujudnya perasaan tidak serasi.
Munculnya kata-kata bahawa kita tidak memahami kehendak antara satu sama lain.
Maka terputuslah sesuatu hubungan.
Bersyukur menjadikan semua perbezaan menjadi satu.
Satu haluan.
Satu keserasian.
Satu kesefahaman.
Sebuah kebahagiaan.
:)
19-9-2015
Marah,
Benci,
Sakit hati,
Nak sangat awak pergi jauh dari saya.
Tapi sekuat mana perasaan itu hadir,
Akhirnya saya tetap mahukan awk,
Saya yang akan datang kepada awak.
Tanpa awak,
Selera makan saya hilang,
Semua kerja serba tak kena,
Saya ternanti-nanti kemunculan awak.
Dalam marah saya mencari awak,
Bahasa sinis menjadi perantaraan,
Kenapa sayang? Sini abang peluk ea. Cuba cerita kat abang.
Setiap kali kita berselisihan faham, Ayat ini yang akan awak suarakan. Tidak pernah walau sekali kata-kata ini gagal memujuk hati saya. Serta merta bara saya padam.
Entah mengapa.
Tiada jawapan.
Yang pasti sayang itu meleraikan segalanya.
Friday, 21 August 2015
Kau dan Aku
Kau seorang pejuang Negara.
Aku pula peneraju ekonomi Negara.
Kau berpendidikan Diploma.
Aku pula diperingkat Ijazah.
Kau berada di lanjut usia.
Aku pula berada di awal usia.
Kita tiada persamaan.
Kita tiada keserasian.
Itulah kata-kata yang senantiasa membisik telingaku.
Namun adakah kerana perbezaaan itu sahaja aku harus melepaskan engkau?
Engkau yang banyak memberi aku nafas baru.
Engkau yang banyak membimbing diriku.
Engkau yang banyak membantu dikala aku kesusahan.
Usah peduli dengan apa kata orang.
Mulut manusia tidak pernah berhenti mengata.
Aku pula peneraju ekonomi Negara.
Kau berpendidikan Diploma.
Aku pula diperingkat Ijazah.
Kau berada di lanjut usia.
Aku pula berada di awal usia.
Kita tiada persamaan.
Kita tiada keserasian.
Itulah kata-kata yang senantiasa membisik telingaku.
Namun adakah kerana perbezaaan itu sahaja aku harus melepaskan engkau?
Engkau yang banyak memberi aku nafas baru.
Engkau yang banyak membimbing diriku.
Engkau yang banyak membantu dikala aku kesusahan.
Usah peduli dengan apa kata orang.
Mulut manusia tidak pernah berhenti mengata.
Wednesday, 19 August 2015
PPBI
Hello my dear friends.
For today, I want to share a few things that I learn in my Creative Writing class. Basically I'm not a Literature student but I'm from Economic student. Therefore, this class is a new thing for me to learn. It is way far from my background study. However, that would be not a problem because in my field I'm stuck with numbers and formula but here in literature field especially in creative writing I can be anyone, I can write anything, I can use anything and I can be silly or be imaginative with my mind.
First of all, what is creative writing?
Creative writing is any form of writing to express your feelings, your emotions, your experiences or to give message lesson for people. Creative writing is unique because you write with the creativity of your mind without any boundaries by using beautiful language order. Creative writing are include poetry, short story, novels, rhyme and poem.
In my class we are focusing on short story.
The five basic key in write of short story are character, plot, theme, viewpoint and the setting time and the place. For your information in creative writing plot are not define as a flow of story but plot is define as cause and effect.
To write a great short story there are a few tips I got from my lovely lecture:
Our short story should contain :
1. An extraordinary story
2. A wise philosophy
3. An exciting character
4. Using beautiful language
5. Suspend
6. A catchy title
7. Knowledge
8. Varies technique writing
9. Perspectives that are rarely confronted
10. Surprise
The source of the story can came from:
1. Self background
2. Own experience
3. Dream
4. Education
5. Song
6. Research
7. Film
8. Portrait
9. Career
10. Current issue
It does not matter if you do not have the talent to be a writer. Only effort and interest are required to be a good writer.
Tuesday, 18 August 2015
Tahukah Anda?
Tupai
Sumber: Youtube
Tahukah anda?
1. Terdapat 300 jenis tupai di dunia.
2. Tupai memiliki mata yang cekap dan tajam.
3. Tupai membersihkan giginya setiap pagi dengan mengigit dahan pokok. Ia nya juga untuk mengasah giginya agar lebih tajam.
4. Tupai adalah haiwan yang cepat belajar dan bijak.
5. Makanan kegemaran tupai sebenarnya adalah telur burung.
6. Tupai akan tinggal di lubang pokok. Sekiranya pokok tidak memiliki lubang, tupai akan memilih untuk tinggal di puncak pokok.
7. Tupai betina akan melahirkan 2-5 ekor anak tupai.
8. Tupai juga menyusukan anak mereka selama 6-10 minggu.
8. Tupai juga menyusukan anak mereka selama 6-10 minggu.
8. Tupai berkomunikasi di antara satu sama lain dengan mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Di Sebalik Jendela
Alangkah ruginya bagi insan yang bangunnya tika matahari sudah berada di langit. Apa yang mereka rasakan hanyalah hangat matahari tanpa merasai kedinginan pagi terlebih dahulu. Tidakkah mereka rasa seperti mereka kehilangan waktu untuk menenangkan minda ? Waktu untuk bersendirian di mana hanya diri kita, minda yang kosong dan alam sekitar. Bagiku tengah hari sudah waktu kemuncak untuk melaksanakan pelbagai kerja. Bagaikan hidup tidak lengkap tanpa merasai suasana pagi. Hilang semua ketenangan dan semangat. Sepanjang hari bagaikan suatu bebanan dan tekanan yang ingin dilepaskan. Buanglah tabiat mu itu, Ketepikanlah bantal dan selimutmu. Aku pasti hidup dikau akan lebih baik dari sebelum ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
