Aliran deras menyelimuti pencakar langit. Jiwa berbaur di saat gelombang datang. Lantas fikiranku melayang akan darah dagingku di perlindungan. Dengan penuh harapan, gelombang kian teduh menjadi tenang dan nyaman.
Itulah coretan saya yang pertama. Kini, saya sedang mengikuti kelas Penulisan Kreatif bersama Prof. Madya Dr. Mawar binti Safei. Kami lebih mesra memanggilnya Dr. Mawar. Perwatakkannya yang lembut, ceria, dan berdedikasi membawa namanya ke setiap pelosok dunia karya.
Semasa di dalam kelas beliau meminta kami membina beberapa ayat dengan subjek hujan. Apa yang berputar dalam kotak fikiranku apabila mendengarkan hujan adalah banjir kilat di bandar-bandar maju yang bermula daripada hujan lebat. Terus ku coretkan segalanya di atas cebisan kertas.

No comments:
Post a Comment