Wednesday, 8 July 2015

Hujan

Aliran deras menyelimuti pencakar langit. Jiwa berbaur di saat gelombang datang. Lantas fikiranku melayang akan darah dagingku di perlindungan. Dengan penuh harapan, gelombang kian teduh menjadi tenang dan nyaman. 



Itulah coretan saya yang pertama. Kini, saya sedang mengikuti kelas Penulisan Kreatif bersama Prof. Madya Dr. Mawar binti Safei. Kami lebih mesra memanggilnya Dr. Mawar. Perwatakkannya yang lembut, ceria,  dan berdedikasi  membawa namanya ke setiap pelosok dunia karya. 

Semasa di dalam kelas beliau meminta kami membina beberapa ayat dengan subjek hujan. Apa yang berputar dalam kotak fikiranku apabila mendengarkan hujan adalah banjir kilat di bandar-bandar maju yang bermula daripada hujan lebat. Terus ku coretkan segalanya di atas cebisan kertas. 

Monday, 6 July 2015

Hadiah




6 Julai 2015, jiwa ku rancak di saat menatap dua buah pelita yang akan menerangi sanubariku ini. Dua buah pelita yang Yana maksudkan ialah  dua buah buku berjudul Kreativiti 3 Genre : Kepengarangan 12 Penulis dan Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim. Dengan adanya buku ini, zaazzz.. pastinya dengan pantas kilat ianya dapat memberi bimbingan kepada Yana terhadap proses untuk berkarya dari awal.




I'm Home :)

Assalamualaikum wahai para sahabat sekalian. 

Apa khabar ? Semoga anda semua sihat-sihat belaka di samping keluarga tercinta. Sudah lama kita tidak bersua di alam maya. Seperti hilang tanpa sebarang utusan. Jangan risau, Yana kembali lagi dan kini dalam blog ini Yana akan berkongsi dengan rakan-rakan semua perjalanan Yana dalam usaha untuk mempelajari apa itu penulisan kreatif. Nantikan suntingan Yana yang seterusnya :D .