Monday, 21 August 2017

21/8/17

Sejujurnya disini, ak mengharapkan ini adalah mediumku untuk mencoret kisah hidupku yang akan kekal selama lamanya untuk ku jadikan tatapan di hari tuaku.

Pada ketika ini usiaku mencapai 23 tahun dan dh sah tamat pengajian dalam ijazah perakaunan di ukm. Ak bakal bergraduasi pada bulan 10. Kini ak telah bekerja di kulai.

Hari ini ak terkilan dengan beberapa perkara. Pertama rakan sekerja yang melakukan kerja seadaanya sahaja..apa bila kerja itu ditugaskn untuk dilaksanakan bersama seakan2 tanggungjawap pelaksanamya adalah ak. Sedangkan ak sebenarnya hanyalah pembantu sampingan..itu lah dia dunia kerja. Lain org lain ragam. Hal kerja ni apalah sangat. Namun sedikit sbanyak telah menggangu emosiku setelah pulang kerumah.

Keduanya, ak terkilan melihat keadaan keluargaku. Kelihatan harmoni namun isi hati yg dalam ini siapalah yang tahu. Banyak isu yg tidak diperjelaskan..di biarkan tanpa jawapan tanpa kata putus tanpa perbincangan. Tanpa cinta perkahwinan hanya lah menjadi tanggungjawap. Anak2 hatinya pon terluka ketika membesar..sebenarnya kita nampak bahagia kerana adik beradik ada untuk antara satu sama lain..tidak tahu lah dimana salahnya..di mana puncanya..

Kini, hanya kerana satu topik seisi rumah boleh bergaduh..dan topiknya adalah si dia..anak yg sudh keras kepala dan mengambil kesempatan. Apalah guna kau pulang kerumah sekiranya kau tiada di rumah di siang hari..seharian kau keluar..seharian kau di tempat orang..saban tahun  membuat keluarga kau begini..cpt2lah kau kluar dari rumh ni kau bina hidup sendri..bila kau dh sedar akan kesilapan kau, bila kau sedar untuk menghargai pulang lah..

Pilunya hati ini..sedih perasaan marah dan benci ni timbul terhadap ahli keluarga sendri apatah lagi kepada kedua ibu bapa..sushnya lah nk memaafkan..penatnya dipendam..menunggu masa untuk ditanam dalam2 hati biar di mamah oleh kebahagian keluarga akan datang agar lupe akan perasaan kebencian ini. Maafkan ak. Ak tidak mahu menjadi anak derhaka. Namun ak juga ada emosi. Keiginan untuk meluah dan difahami.

Kdg2 ak terpike..ak sudh cube untuk jdi yang terbaik sepanjang 23 tahun untuk sentiasa jdi pelajar yg cemerlang dari kecik, tidak menyusahkan ibu bapa, daptkan biasiswa, mintk bantuan teman lelaki untuk kenderaan dan kewangan. Tapi bagaikan ak terasa seperti kau sedar ke tidak selama ni anak2 kau cube untuk tidak sushkan kau.  Kini bagaikan satu karma kepada mereka apabila adik ak tidak sebaik yang lain..sungguhpon kurang intelektual..akhlak kenapa kurang juga.. amik kesempatan, byk mengecewakan hati ibu..banyak mengambil kesempatan terhadap duit abh..sedangkan kau tahu abh dah kekurangan sumber kewangan, kau mempergunakan janji dia utk menampung semua belnja belajar kau dengan membeli gadjet mahal yang mana kau boleh rendahkan lagi kos hidup kau ni. Ak kesian dengan kau, banyak menagih simpati orang dengan kepura puraan kesempitan hidup kau tu. Orang memilih utk makan , tapi kau memilih untuk standart hidup kau.

Byk sangat nk diluahkan. Namun xterluah kekecewaan ini. Sekian untuk coretan kepada diriku. Semoga 5 thn akn datang, hidup keluargaku ini akn lebih baik setelah adik ku bina hidup sendri. Mudah mudahan tiada lagi pergaduhan di rumah ni kerana kau. Mudah mudahan tiada lagi tanggungjwp mk abh untuk membela engkau. Mudah mudahan kau pandai menghargai keluarga baru kau tu nanti. Mudah mudahan layanan kau terhadap keluarga sendiri berubah seperti mana baikknya kau melayan keluarga orang lain.

Aku menanti perubahan ini 5tahun akn dtg. 2022.

1 comment: